Monday, 18 January 2016

Pengalaman and TIPS SPM

Hai pembaca sekalian! Hehe hari ni entry aku pasal pengalaman mengharukan menjelang spm.

Like what I said in my previous entry, living as a form 5 student will get you crazy as hell trust me. Tapi tu semua tak penting... Apa yang penting korang semua buat all out waktu melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Keluarkan logic statement yang korang belajar selama ni. I mean, kalau korang lupa jawapan sekalipun cuba fikir betul-betul jawapan yang logik untuk soalan tu. Teknik ni biasanya boleh guna waktu jawab kertas sejarah, bm, bi and physics? Not sure tapi kalau korang mampu, cuba hafal skema past year sebijik-sebijik dekat buku past year. Kalau nak senang beli buku past year yang bertopik. Sebab lagi senang korang nak tahu topic apa yang perlu revise. Contohnya ada penceramah yang merupakan penggubal kertas soalan bagi Hots topics yang mungkin keluar. So, korang bolehlah asah otak korang dengan hafal skema soalan yang lebih kurang sama dengan soalan yang bakal ditanya nanti. Work smart, not hard. Aku ada je jumpa student yang pergi hafal buku rujukan last minute tapi bila keluar dewan, menangis. Sebab apa? Sebab tak familiar dengan soalan. Buku rujukan tu korang boleh guna waktu nak fahamkan definition camtu je. Lagi satu, yang bakal keluar nanti bukan 100 peratus soalan fakta. Ada la dalam 30 peratus kbat. Sebab tu rajin-rajinkan diri belek buku past years. Biasanya soalan spm ni sama je format cuma dia ada ubah sikit soalan tu.
Aku cakap macam ni bukan nak bajet pandai. Aku dah pernah buat taktik ni. Even waktu trial pun cikgu-cikgu kebanyakan ambik dari past years. Macam ni lah nak dijadikan cerita. Aku ni bukan la budak yang cepat tangkap dalam kelas. Ikut cikgu jugak la macam mana. Kalau yang ajar slow tu mungkin aku dapat tangkap. Kalau yang ajar cepat tu memang idok ler aku nak faham. One day, aku kena kecam dengan cikgu kimia sebab result akhir tahun form 4 aku teruk plus gagal. Cikgu puaslah cakap yang aku ni lemah la bla bla bla and macam-macam lagi pasal result kelas kitorang. Aku pun terima je lah kenyataan tapi dalam masa yang sama aku tercabar dengan dak dak kelas aku yang lain. Yelah, seteruk-teruk diorang lulus jugak. Aku? Pergh jauh menyimpang. Tebalkan je lah muka waktu tu. Balik rumah terus insaf and tekad nak jadi pro utk subj kimia. Aku ni pantang kalau dicabar. Lagi-lagi kalau dapat cold stare daripada dak dak kelas aku. Diorang pandang aku atas bawah jer. Ergh waktu tu dalam hati aku ada 'a burning desire to win'!

Aku pun mulalah study smart dengan mula buat soalan2 past year sambil tengok buku rujukan. Satu malam boleh habis 1 set soalan. Waktu tu aku tak fikir apa dah. Penat ke ngantuk ke, yang penting aku score high utk upcoming exam. Alhamdulillah, result pertengahan tahun keluar and aku lulus dengan gred B+. Even most smart student dalam kelas pun cam approve lah yang aku dah ada peningkatan sikit. Bangga jugak sebab cikgu asyik puji aku. Tapi result trial aku dpt B je... Puas lah! Sejak haritu, aku mula dig in soalan past years drpd pelbagai subjek. Alhamdulillah trial aku ada 4A 4B 1C 1G. Lol aku gagal addmath unfortunately... Aku ada ambik addtional subj iaitu seni. It's a bonus for me to score A cause aku memang tangan berseni.

Tabiat menghafal skema ni berterusan sampailah spm. Tapi korang jangan harapkan skema past years je! Hafal tapi tak faham buat apa? Esok nak exam, aku masih atas katil hafal skema buku soalan mrsm utk pendidikan islam. Syukur ya Allah syukur... memang masuk apa yang aku hafal. My friends be like, "Susah wei soalan tadi!" "Aku harap gred turun!"
Aku sekadar tersenyum nipis sambil tak henti henti berdoa agar proses penandaan berjalan lancar.

Untuk subj matematik tambahan aku paling risau... Tapi tak semestinya aku give up macam tu je. Aku cuba cari alternative lain selain drpd masuk tusyen berbayar. Akhirnya aku ada jumpa satu channel dekat YouTube ni nama dia y mx+c. Pergh waktu tu macam heaven gila bila tengok video cara dia ajar. Yelah cuba bayangkan macam mana aku suffer satu topik berbulan-bulan tapi bila tengok video dia, satu malam je dah faham and boleh buat soalan past years. Waktu tu aku rasa thankful yang amat. Luckily aku jumpa channel sir tu... :')

Oklah sampai sini je kot entry aku ni. Aku rasa kalau nak tulis semua macam padat sangat je. So I shall end here now. My result is coming this March so I hope you guys pray and wish all the best for me. I hope my blog can give you passion to never give up on anything. As long as you have a burning desire to win. Thank you!