Tuesday, 15 August 2017

Pengalaman Matrikulasi Selangor

Hi semua! Disebabkan blog aku ni tk ber-update berbulan-bulan, apa salahnya aku bukak topic harini.

2016 adalah tahun di mana aku diterima melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi dalam bidang sains modul 2. Nak bagitahu awal-awal, aku sebenarnya gagal ditawarkan upu. Mungkin sebab mostly bidang yang aku mintak kat upu semua tu budak sastera punya qualification jugak yang lepas. Aku tak minat subjek sains sebab aku tak suka cara cikgu aku ajar kat sekolah (maap cikgu hehe). Lepas result upu keluar, aku devastated. Aku refresh laman web upu tu berkali2 sebab macam tak percaya (results aku ok kot apasal tak dapat hahaha). Waktu tu ada dua pilihan, samada tunggu rayuan atau masuk matrik. Fikir punya fikir... review blog apa yang ada kt matrik semua, aku buat keputusan nak masuk matrik.

Bermulalah kehidupanku di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
Matrik ni daripada rumah aku setengah jam je. Nak kata dekat tak jugak tapi bolehlah... (Location rumah dirahsiakan)
Hari daftar memang tak nervous sangat pun sebab ada kawan sekolah rendah aku yang masuk situ jugak dan rumah kami mmg dekat sama dekat. Dia yg whatsapp aku dulu tanya 'Kau dapat mana?' dan dua2 terharu ditawarkan tempat yang sama.

Aku memang berat hati nak teruskan modul 2 sebab apa ya? Sebab aku tak minat langsung fizik. Matrik ni sistem dia dah baru sikit. Dia bagi kau 2 minggu (orang panggil minggu asimilasi) untuk stay dekat aliran/modul masing2 sebelum hantar surat untuk tukar modul/aliran. Dan sepanjang 2 minggu tu otak aku langsung tak function sebab lemah semangat tengok budak2 kelas aku semua nerd2 pandai matematik, fizik, kimia etc... which I cannot relate at all haha!

And guess what? Aku buat solat istikharah samada aku nak stay atau tukar modul/aliran. Akhirnya, selepas berbincang dgn kawan sekolah rendah aku yg sama2 sekepala dgn aku, kami decided nk tukar ke aliran perakauan. Waktu tu baru aku rasa nervous sepanjang jejak kaki kat sini. Yelah budak akaun nak ke bergaul dgn budak sains yg tkda basic apa2 macam kitorang? Rasa mcm rendah diri gila waktu tu.

Disebabkan budak akaun tak ramai, hanya ada dua kuliah sahaja. Aku dapat kuliah 2 which had few students drpd kuliah 1. My bestfriend dapat kuliah 1. First time masuk kuliah baru rasa awkward yg sangat2. Diorang pandang aku atas bawah je. Aku ni dahla pendiam pastu muka mcm sombong namatey memang takla diorang nk tegur aku. Takut katanya...

Aku mengharungi satu hari tu dgn stressnya sebab tak boleh adapt dgn surrounding. Tatkala budak baru masuk duduk dengan kelas masing2 kat kuliah, aku sorang2 je yg sesat pi duduk dgn budak kelas lain sebab aku sendiri tk tahu mana dak kelas aku since tutorial aku start jam 2 ptg (baru boleh duduk dalam kelas)

Aku budak sains ni nak nasihat sikit kat budak-budak akaun kat matrik ni. Kami budak sains tak sombong mana pun so janganlah kalian kalau tgk kitorang, orang kata apa tu? Pandang slack? Perangai mcm depa ni aku harap tk jumpa waktu buat degree nanti.

Siapa kata akaun senang tu, memang la senang. Ramai 4 flat. Tapi realitynya tak ramai budak sains yg 4 flat termasuk aku. Tapi pointer keseluruhan aku atas 3.5 kira ok lah kan.
Yang bestnya bila takda basic ni lecture memang 'sayang' betul lah dekat korg. Panggil pergi cubicle 3-4 kali seminggu semata-mata nak fahamkan korg. So hargai lecturer anda. Tak payah malu la korg tkda basic. Kena marah, perli, basuh, tu basic la. Anggap je korang duduk sini tk sampai setahun pun. Tahan je lah untuk masa depan korang jugak.

Sem 1 memang yg takda basic ni terkapai2 di udara. Bukan senang nk start daripada takda basic ke pro level. Matematik sem 1 susah nakharom tapi ok sikit daripada spm punya addmath. Math sem 2 kau apply concept yg lebih kurang sama dgn sem 1 so should be no problem. Perakaunan sem 1 agak susah daripada sem 2. Same goes to pengurusan perniagaan and ekonomi... Mungkin sem 2 ni ramai dh familiar dgn subjek masing2 so senang sikit nak faham.

Duduk kat matrik especially matrik selangor mmg challenging gila. Tapi so far lecturers mmg ok. Most lecturer akan kekal smp ke sem 2 (kalau ada mungkin 1 je lecturer tukar). Outing selang seli lelaki perempuan tiap minggu setiap ahad. Kalau budak selangor or area dekat2 je mostly parents akan datang melawat sabtu ahad tu macam parents aku. Boleh la lepak or bual2 kat cafe bawah blok masing2. Duduk kt matrik ni tk susah sgt kot. Cuma yg susah bila kau duduk tingkat atas pastu nk kena turun bawak segunung laundry kau guna tangga sampai bawah (bagi yg malas basuh tangan). Nak jimat pakai tangan. Settle masalah.

Tahniah la siapa yg graduate matrik dengan pointer 3 and above. Untuk budak sains 3 above tu kira gempak jugak la. As long as jangan sampai 2.5 kebawah. Kalau budak akaun, 3 above tu memang senang dapat University tapi degree perakaunan tulen memang hanya 4 flat both sem sahaja kot especially UM. Below 3 pointer, rasanya susah nk dapat upu first intake. (Rayuan maybe dapat)

Aku ditawarkan degree di UiTM. My first choice dalam upu (Alhamdulillah...) September 4th ni daftar. Doakan kejayaan aku. Semoga aku dapat dean list setiap sem. Amin...

Sampai sini je kot. Nanti kalau aku free aku update pengalaman di UiTM pulak kan? Hahaha bubye uolls




Monday, 18 January 2016

Pengalaman and TIPS SPM

Hai pembaca sekalian! Hehe hari ni entry aku pasal pengalaman mengharukan menjelang spm.

Like what I said in my previous entry, living as a form 5 student will get you crazy as hell trust me. Tapi tu semua tak penting... Apa yang penting korang semua buat all out waktu melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Keluarkan logic statement yang korang belajar selama ni. I mean, kalau korang lupa jawapan sekalipun cuba fikir betul-betul jawapan yang logik untuk soalan tu. Teknik ni biasanya boleh guna waktu jawab kertas sejarah, bm, bi and physics? Not sure tapi kalau korang mampu, cuba hafal skema past year sebijik-sebijik dekat buku past year. Kalau nak senang beli buku past year yang bertopik. Sebab lagi senang korang nak tahu topic apa yang perlu revise. Contohnya ada penceramah yang merupakan penggubal kertas soalan bagi Hots topics yang mungkin keluar. So, korang bolehlah asah otak korang dengan hafal skema soalan yang lebih kurang sama dengan soalan yang bakal ditanya nanti. Work smart, not hard. Aku ada je jumpa student yang pergi hafal buku rujukan last minute tapi bila keluar dewan, menangis. Sebab apa? Sebab tak familiar dengan soalan. Buku rujukan tu korang boleh guna waktu nak fahamkan definition camtu je. Lagi satu, yang bakal keluar nanti bukan 100 peratus soalan fakta. Ada la dalam 30 peratus kbat. Sebab tu rajin-rajinkan diri belek buku past years. Biasanya soalan spm ni sama je format cuma dia ada ubah sikit soalan tu.
Aku cakap macam ni bukan nak bajet pandai. Aku dah pernah buat taktik ni. Even waktu trial pun cikgu-cikgu kebanyakan ambik dari past years. Macam ni lah nak dijadikan cerita. Aku ni bukan la budak yang cepat tangkap dalam kelas. Ikut cikgu jugak la macam mana. Kalau yang ajar slow tu mungkin aku dapat tangkap. Kalau yang ajar cepat tu memang idok ler aku nak faham. One day, aku kena kecam dengan cikgu kimia sebab result akhir tahun form 4 aku teruk plus gagal. Cikgu puaslah cakap yang aku ni lemah la bla bla bla and macam-macam lagi pasal result kelas kitorang. Aku pun terima je lah kenyataan tapi dalam masa yang sama aku tercabar dengan dak dak kelas aku yang lain. Yelah, seteruk-teruk diorang lulus jugak. Aku? Pergh jauh menyimpang. Tebalkan je lah muka waktu tu. Balik rumah terus insaf and tekad nak jadi pro utk subj kimia. Aku ni pantang kalau dicabar. Lagi-lagi kalau dapat cold stare daripada dak dak kelas aku. Diorang pandang aku atas bawah jer. Ergh waktu tu dalam hati aku ada 'a burning desire to win'!

Aku pun mulalah study smart dengan mula buat soalan2 past year sambil tengok buku rujukan. Satu malam boleh habis 1 set soalan. Waktu tu aku tak fikir apa dah. Penat ke ngantuk ke, yang penting aku score high utk upcoming exam. Alhamdulillah, result pertengahan tahun keluar and aku lulus dengan gred B+. Even most smart student dalam kelas pun cam approve lah yang aku dah ada peningkatan sikit. Bangga jugak sebab cikgu asyik puji aku. Tapi result trial aku dpt B je... Puas lah! Sejak haritu, aku mula dig in soalan past years drpd pelbagai subjek. Alhamdulillah trial aku ada 4A 4B 1C 1G. Lol aku gagal addmath unfortunately... Aku ada ambik addtional subj iaitu seni. It's a bonus for me to score A cause aku memang tangan berseni.

Tabiat menghafal skema ni berterusan sampailah spm. Tapi korang jangan harapkan skema past years je! Hafal tapi tak faham buat apa? Esok nak exam, aku masih atas katil hafal skema buku soalan mrsm utk pendidikan islam. Syukur ya Allah syukur... memang masuk apa yang aku hafal. My friends be like, "Susah wei soalan tadi!" "Aku harap gred turun!"
Aku sekadar tersenyum nipis sambil tak henti henti berdoa agar proses penandaan berjalan lancar.

Untuk subj matematik tambahan aku paling risau... Tapi tak semestinya aku give up macam tu je. Aku cuba cari alternative lain selain drpd masuk tusyen berbayar. Akhirnya aku ada jumpa satu channel dekat YouTube ni nama dia y mx+c. Pergh waktu tu macam heaven gila bila tengok video cara dia ajar. Yelah cuba bayangkan macam mana aku suffer satu topik berbulan-bulan tapi bila tengok video dia, satu malam je dah faham and boleh buat soalan past years. Waktu tu aku rasa thankful yang amat. Luckily aku jumpa channel sir tu... :')

Oklah sampai sini je kot entry aku ni. Aku rasa kalau nak tulis semua macam padat sangat je. So I shall end here now. My result is coming this March so I hope you guys pray and wish all the best for me. I hope my blog can give you passion to never give up on anything. As long as you have a burning desire to win. Thank you!

Tuesday, 15 December 2015

Bittersweet of highschool

Hi, harini aku nk habaq pasai entry yg most common in teens life. Kalau story aku ni bosan hangpa pejam je la mata ek.

Honestly, naik tingkatan 5 baru korang akan tahu langit tu tinggi ke rendah. Cuba bayangkan pengorbanan kitorang waktu spm around da corner tu camne. Dari pagi kul 7.30 sampai kul 3 ptg prep mcm biasa. Sambung lagi kelas tmbhn kul 3.30 smp kul 6.30 ptg. Tambahan plk wktu tu dpt cg kimia strict punye... Nk solat asar pun dekat bilik lab je sbb dekat. Balik umah jalan kaki waktu nk dekat maghrib. Kadang2 ada jgk cikgu ajk tumpang sebab time tu bayangkan jela kena jln kaki maghrib2, pakai baju sekolah dgn berpeluhnya, sandang beg berat mcm kura2. Otak pun time tu dh berasap...Tapi aku redhakan je sbb pengorbanan cikgu lagi besar drpd ktorang... Penatnya hanya Allah yang tahu. Balik umah terus mandi n solat. Klu still larat biasanya aku stay up smp kul 11 mlm buat soalan past years (membantu sangat!) Tapi kalau dh penat sgt memang K.O terus atas sejadah. Biasanya cikgu akn gabung kelas pertama dgn kedua. Kadang2 kelas pertama ni poyo sikit. Cg buat kelas tk dtg. Konon dh pandai la katakann... Padahal bila exam result lebih kurang je ponn (penipu sgt ayt ni XD)

Aku ni dalam kelas pendiam n bit serious most of da time. Kadang2 aku pun stress dgn diri aku... Kenapa susah sgt aku nk blend in dgn bdk kelas aku. Aku rasa dlm kelas tu aku sorg je yg pendiam. Maybe bcs I'm not an attention seeker so they mostly not paying attention towards me. Aku ni tk berapa suka melawak tapi kwn2 aku ni selalu target aku jadi mangsa bahan ketawa dorg. Faktanya... Aku ni serius tapi kdg2 boleh tukar role jadi Mr.Bean. Lawak aku ni hanya geng aku je yg dpt rasa sbb friendship kami dh hampir 5 years so faham2 jelah bonding tu mcm mne.

Tahap kepandaian aku ni biasa2 je dlm kelas. Nak kata top 3 tu mmg xpernah merasa sepanjang ting 5. Paling common pun top 10 la. Mana taknye... kerja aku mengelamun je wktu cikgu mengajor...hoho! Subject paling aku lemah addmath. Basic student la kot lemah subject tu. Purata students aku jumpa mmg tk pernah merasa lulus subjek tu. Solutionnye senang je. Aku ni klu tak faham cikgu ajar terus aku pergi YouTube cari lecturing video psl subj tu (tips utk pelajar yg lemah addmath)

Bercinta? Dik... Aku nasihatkn jauhi lah couple2 ni wktu korg still belajar. Aku ni mmg anti soal couple bagai. Sekarang umor aku dh nk masuk 19 pun aku still anti. Bukan tak laku beb! Ada je yg flirt bagai nk rak tapi aku pandang sebelah mata je. Geng aku pun mmg anti soal couple ni. Inilah dikatakan pengaruh rakan yg baik. Mostly aku perati, yg suka couple ni mmg tk cukup kasih sayang. Tergedik sana sini dgn post instagram yg nauzubillah... Mmg tk syg mak ayah. Terasa? Maap...

Crush? Normal laa kot bagi orang yg pernah lalui zaman sekolah. Ingat aku ni robot yg tkda perasaan ke? I warn ya guys. Jangan pernah tertipu dgn perasaan! Sebab kalau dh tersuka... parah beb. Silap haribulan pelajaran jatuh merosot. Bukan aku tk pernah lalui semua tu... Hmm semuanya tinggal kenangan je la guys. Bila dh besar karang boleh story2 dgn anak2. Hehehe. Oklah smp sini je kot entry aku. Jumpa lg di update yg akn datang!