Tuesday, 15 August 2017

Pengalaman Matrikulasi Selangor

Hi semua! Disebabkan blog aku ni tk ber-update berbulan-bulan, apa salahnya aku bukak topic harini.

2016 adalah tahun di mana aku diterima melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi dalam bidang sains modul 2. Nak bagitahu awal-awal, aku sebenarnya gagal ditawarkan upu. Mungkin sebab mostly bidang yang aku mintak kat upu semua tu budak sastera punya qualification jugak yang lepas. Aku tak minat subjek sains sebab aku tak suka cara cikgu aku ajar kat sekolah (maap cikgu hehe). Lepas result upu keluar, aku devastated. Aku refresh laman web upu tu berkali2 sebab macam tak percaya (results aku ok kot apasal tak dapat hahaha). Waktu tu ada dua pilihan, samada tunggu rayuan atau masuk matrik. Fikir punya fikir... review blog apa yang ada kt matrik semua, aku buat keputusan nak masuk matrik.

Bermulalah kehidupanku di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
Matrik ni daripada rumah aku setengah jam je. Nak kata dekat tak jugak tapi bolehlah... (Location rumah dirahsiakan)
Hari daftar memang tak nervous sangat pun sebab ada kawan sekolah rendah aku yang masuk situ jugak dan rumah kami mmg dekat sama dekat. Dia yg whatsapp aku dulu tanya 'Kau dapat mana?' dan dua2 terharu ditawarkan tempat yang sama.

Aku memang berat hati nak teruskan modul 2 sebab apa ya? Sebab aku tak minat langsung fizik. Matrik ni sistem dia dah baru sikit. Dia bagi kau 2 minggu (orang panggil minggu asimilasi) untuk stay dekat aliran/modul masing2 sebelum hantar surat untuk tukar modul/aliran. Dan sepanjang 2 minggu tu otak aku langsung tak function sebab lemah semangat tengok budak2 kelas aku semua nerd2 pandai matematik, fizik, kimia etc... which I cannot relate at all haha!

And guess what? Aku buat solat istikharah samada aku nak stay atau tukar modul/aliran. Akhirnya, selepas berbincang dgn kawan sekolah rendah aku yg sama2 sekepala dgn aku, kami decided nk tukar ke aliran perakauan. Waktu tu baru aku rasa nervous sepanjang jejak kaki kat sini. Yelah budak akaun nak ke bergaul dgn budak sains yg tkda basic apa2 macam kitorang? Rasa mcm rendah diri gila waktu tu.

Disebabkan budak akaun tak ramai, hanya ada dua kuliah sahaja. Aku dapat kuliah 2 which had few students drpd kuliah 1. My bestfriend dapat kuliah 1. First time masuk kuliah baru rasa awkward yg sangat2. Diorang pandang aku atas bawah je. Aku ni dahla pendiam pastu muka mcm sombong namatey memang takla diorang nk tegur aku. Takut katanya...

Aku mengharungi satu hari tu dgn stressnya sebab tak boleh adapt dgn surrounding. Tatkala budak baru masuk duduk dengan kelas masing2 kat kuliah, aku sorang2 je yg sesat pi duduk dgn budak kelas lain sebab aku sendiri tk tahu mana dak kelas aku since tutorial aku start jam 2 ptg (baru boleh duduk dalam kelas)

Aku budak sains ni nak nasihat sikit kat budak-budak akaun kat matrik ni. Kami budak sains tak sombong mana pun so janganlah kalian kalau tgk kitorang, orang kata apa tu? Pandang slack? Perangai mcm depa ni aku harap tk jumpa waktu buat degree nanti.

Siapa kata akaun senang tu, memang la senang. Ramai 4 flat. Tapi realitynya tak ramai budak sains yg 4 flat termasuk aku. Tapi pointer keseluruhan aku atas 3.5 kira ok lah kan.
Yang bestnya bila takda basic ni lecture memang 'sayang' betul lah dekat korg. Panggil pergi cubicle 3-4 kali seminggu semata-mata nak fahamkan korg. So hargai lecturer anda. Tak payah malu la korg tkda basic. Kena marah, perli, basuh, tu basic la. Anggap je korang duduk sini tk sampai setahun pun. Tahan je lah untuk masa depan korang jugak.

Sem 1 memang yg takda basic ni terkapai2 di udara. Bukan senang nk start daripada takda basic ke pro level. Matematik sem 1 susah nakharom tapi ok sikit daripada spm punya addmath. Math sem 2 kau apply concept yg lebih kurang sama dgn sem 1 so should be no problem. Perakaunan sem 1 agak susah daripada sem 2. Same goes to pengurusan perniagaan and ekonomi... Mungkin sem 2 ni ramai dh familiar dgn subjek masing2 so senang sikit nak faham.

Duduk kat matrik especially matrik selangor mmg challenging gila. Tapi so far lecturers mmg ok. Most lecturer akan kekal smp ke sem 2 (kalau ada mungkin 1 je lecturer tukar). Outing selang seli lelaki perempuan tiap minggu setiap ahad. Kalau budak selangor or area dekat2 je mostly parents akan datang melawat sabtu ahad tu macam parents aku. Boleh la lepak or bual2 kat cafe bawah blok masing2. Duduk kt matrik ni tk susah sgt kot. Cuma yg susah bila kau duduk tingkat atas pastu nk kena turun bawak segunung laundry kau guna tangga sampai bawah (bagi yg malas basuh tangan). Nak jimat pakai tangan. Settle masalah.

Tahniah la siapa yg graduate matrik dengan pointer 3 and above. Untuk budak sains 3 above tu kira gempak jugak la. As long as jangan sampai 2.5 kebawah. Kalau budak akaun, 3 above tu memang senang dapat University tapi degree perakaunan tulen memang hanya 4 flat both sem sahaja kot especially UM. Below 3 pointer, rasanya susah nk dapat upu first intake. (Rayuan maybe dapat)

Aku ditawarkan degree di UiTM. My first choice dalam upu (Alhamdulillah...) September 4th ni daftar. Doakan kejayaan aku. Semoga aku dapat dean list setiap sem. Amin...

Sampai sini je kot. Nanti kalau aku free aku update pengalaman di UiTM pulak kan? Hahaha bubye uolls




3 comments:

  1. Aliran perakaunan tu susah tak untuk pelajar sains masa sekolah menengah? Sebab saya nak sambung degree business, saya apply aliran sains, jadi kalau saya tukar kepada aliran perakauan, senang sikit degree nanti sebab dah ada asas business kan?

    ReplyDelete
  2. Salam dik.. nak tanya, btl ke byk universiti susah nak terima bdk matrikulasi untuk terus sambung degree? Ada dgr kata kena repeat blk amik dip..

    ReplyDelete